Tuesday, May 27, 2008

COMPUTER

haloo....
Komputer ialah alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik, logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem. Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses DATA menjadi MAKLUMAT. Ringkasan prosesan oleh komputer adalah seperti beberapa definasi dibawah :

Data
input kepada komputer di dalam bentuk-bentuk seperti nombor, huruf-huruf, perkataan dan sebagainya.

Maklumat
data yang telah diproses dan dianalisa yang digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.

Input
data yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem untuk diproses.

Output
sesuatu maklumat yang dihasilkan hasil daripada prosesan di dalam sesuatu sistem

Proses
aktiviti seperti (isih dan analisa) yang dilakukan ke atas data untuk menghasilkan maklumat.

Fail
himpunan sesuatu data dan maklumat